I'm Awesome

Oh yes, I am.

Thursday, August 02, 2007

Selamat Petang Semua

Sudah lama saya tidak menulis dalam Bahasa Melayu.

Maklumlah, apabila di rumah saya lebih gemar dan biasa bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris.

Kepada mereka yang tidak memahami Bahasa Melayu, saya susun sepuluh jari dan meminta maaf kerana melakukan kerenah ini. Hehe.

Tujuan saya menulis dalam Bahasa Melayu pada hari yang mulia ini adalah untuk menghayati kelucuan bahasa ini. Terdapat pelbagai perkataan di dalam bahasa ini yang amat lucu dan sentiasa mencuit hati saya apabila saya mendengarinya.

Selain itu, terdapat juga ayat-ayat bahasa Melayu yang tidak dapat dihayati dalam bahasa lain yang membolehkan saya ketawa seperti pontianak.

Sebenarnya, saya sudah memakan masa dua hari untuk menghabiskan karangan ini. Ini kerana biasanya saya terlalu berfikiran dalam bahasa Inggeris apabila mempunyai inspirasi untuk menulis. Justeru itu, saya berkurang upaya untuk menyiapkan karangan ini dengan sebaik dan sepantas mungkin.

Baiklah, mari kita mulakan perkataan Bahasa Melayu yang saya rasa paling lucu didengari:
  1. sasau - pertama kali saya mendengari perkataan ini ialah di tingkatan 2. Saya dapat mengetahui perkataan ini melalui kawan saya Ery. Kami terlalu bosan sehinggakan membawa keluar kamus Bahasa Melayu untuk digunakan sebagai bahan ketawa. Saya rasa kalau Dewan Bahasa membaca ini sudah pasti saya dimarahi dengan sepenuh hatinya.
  2. kocek - perkataan ini agak pelik bagi saya. Saya berasa geli hati apabila mendengari perkataan ini saya pun tidak pasti kenapa. Tetapi untuk memahamkan mengapa saya ketawa bila mendengari perkataan ini, cuba anda baca : ko cek kocek kanan ko. Lucu kan?
  3. kongkek - perkataan ini berasal dari Bahasa Melayu Pasar. Ia bermaksud "melakukan persetubuhan". Apa yang buat perkataan ini kelakar adalah apabila kita mendengari abang-abang motor bercerita sesama sendiri tentang sesi "kongkek" mereka bersama teman wanita mereka. Haish. Lucu betul.
  4. kacip - perkataan terbaru yang saya pelajari ini berasal dari negeri Kelantan yang bermaksud (kalau tidak silap saya) khayal atau mabuk. Yang kelakarnya, terdapat satu produk yang digunakan untuk menaikkan kemahuan sorang wanita untuk berkongkek yang dinamakan Kacip Fatimah. Haha. Soalan cepung emas : siapakah Fatimah? (tetapi kalau saya bertanya soalan itu saya juga mahu tahu : siapakah Ali?) Hahaha. Aduhai sungguh lucu.
  5. celanga - Haha. Pertama kali saya mendengari perkataan (dari filem Remp-it) ini saya tertawa terbahak-bahak. Sebenarnya, saya tidak tahu maksud "celanga". Tetapi apa saya memerhatikan adalah perkataan ini sentiasa dirujuki kepada seseorang yang tidak disukai oleh si pengguna perkataan tersebut. Oleh itu, mungkin "celanga" bermaksud "penyangak" atau "orang tidak guna". Kalau anda tahu maksud celanga, jangan malu-malu untuk berkongsi ilmu ya?
Kalau saya ingin menulis kesemua perkataan yang saya fikir lucu, ia akan memakan terlalu banyak masa (dan saya juga sudah semakin pening menulis dalam bahasa Melayu) oleh itu mari kita mulakan dengan ayat-ayat bahasa Melayu yang saya amat gemari:
  1. apa barang baiiiiiii? - ayat ini kalau diterjemahkan dalam bahasa Inggeris tidak dapat difikiri sebagai lucu. Ini kerana bahasa Inggeris tidak mempunyai intonasi yang menarik seperti bahasa Melayu. Apabila kita berkata "apa barang baaaaaiiiii", perkataan "baaaaiii" itu harus ditarik beberapa saat dan suara kita juga harus berbunyi seperti abang-abang motor. Jika tidak disebuti begini, maka cara anda berkata ayat ini tidak menjadi.
  2. lek lu doohhhh - maksud ayat ini adalah "tunggu sebentar" tetapi bunyi "tunggu sebentar" itu tidak selancar bunyi "lek lu doh" maka hilanglah sebab untuk kami berkata "tunggu sebentar" sebaliknya kami menggunakan ayat "lek lu doh". Haha.
Oleh kerana kesuntukan masa dan juga kepeningan kepala, saya sudah tidak berupaya untuk menulis dalam bahasa Melayu lagi. Maka izinkan saya mengakhiri karangan ini.

Saya berharap anda dapat memahami dan menghayati karangan ini yang mengdokumentasikan betapa lucunya bahasa Melayu boleh menjadi. Anda juga patut berlatih menggunakan bahasa ini kerana ia adalah bahasa yang agak unik dan disamping menggunakan bahasa ini, jangan sesekali lupa menghayatinya sekali ya?

Sekian, terima kasih.

Labels:

5 Comments:

Blogger shamaine said...

Gila la baiiiii....lawak sialll....

9:57 AM  
Blogger Unknown said...

Kongkek? Muahahaha... I remember talking bout that in mich's car... lol...

8:02 PM  
Blogger R. said...

lawak 'siuuuttt'.......ish...hahahaahahahhaha.....saya pun suka perkataan sasau...sungguh tdk bermakna tetapi seronok utk digunakan

10:30 PM  
Blogger nadzirahashim said...

aku dah sasau baiiii. aku rasa aku nak kongkek dooohhh..hahaha fucking hell..the malay language is so awesome!

2:28 AM  
Blogger ultimatecass said...

lawak gileee dowwwhhhh!

4:21 PM  

Post a Comment

<< Home